Monday, March 19, 2012

PESANAN BUAT DIRIKU...

Pernah tertanya kenapa Allah pilih kita untuk berada di mana tempat kita sedang berdiri ini.? Untuk lakukan perkara yang sedang kita lakukan sekarang ini.? Untuk menjadi salah seorang dari kelompok komuniti ini.?

Semua ini dan seangkatannya saya satukan menjadi satu perkataan iaitu PELUANG. Kerana Allah telah pilih KITA untuk diberikan peluang untuk kita belajar, alami dan hayati.

Berhenti mengeluh sayang, guna peluang selagi masih berpeluang :) - FARAH LEE

ya...aku dah terlalu mengeluh..aku kena buang perangaii tu..aku kena bangun nikmati hidup yang Allah dah tentukan untukku.... buang perangai buruk fiza...buang...dan bakar...mulakan hidup baru fiza....!!!!!

Jalan Hidup...

Bismillahirrahmanirrahimmm.... Assalamualaikum...

hemm...setelah sekian lama aku tak meng'update' blog kesayangan aku ni.. :) akhirnya..telah tiba masanya...hehhehehe...emm..
2012 aku dah 23 tahun...23 tahun...terlalu banyak matlamat yang aku letakkan...tapi...perjalanan masih kabur...
simpanan kemana...impian dan cita - cita kemana....aku masih banyak bermain..berangan tanpa tindakan nampaknya...tak boleh fiza...kau kena setkan apa yang kau mahu..bangguunn...bukan duduk lagi..perlu berlari...agar semangat tak pudar...!!!!

hari ni aku akan catatkan di sini..apa yg aku mahuu..

  1. PUNYA PERNIAGAAN SENDIRI... HAMEGA ENTEPRISE...aku nak nama ni ulung..dah ada yang menawarkan aku...tapi...kuatkah jika aku seorang...
  2. AKU NAK KELUAR DARI HIDUP SUSAH... aku bersyukur dengan apa yang aku ada...tapi aku perlukan sesuatu yang bisa menjamin masa depan aku..supaya aku dan keturunan ku...tidak perlu meminta2...biar dia hanya meminta pada ALLAH S.W.T...
  3. BALAS JASA MAK AYAH....walau aku tahu...apa sekali pun yang aku lakukan...tak dapat dibanding lansung dengan pengorbanan dan jasa mak ayah aku pada aku dan adik2 aku.. cuma aku harap aku dapat hidup sedikit senang supaya mak aku dah tak perlu merempat merata..mak aku tak perlu niaga susah2 lagi...itu yang aku nak...ayah aku tak perlu makan apa yang ada saja...aku nak mereka senang...aku tak nak mereka kerja keras sakit - sakit...aku nak mereka duduk saja...sebab mereka berhak untuk tu... aku nak..bila mak mintak apa pun aku boleh bagi...aku nak bila ayah nak kami...kami ada...tapi..aku masih tak mampu...ya Allah...kau bantulah aku ya Allah...tunjukkan lah aku jalan..agar aku dapat kota apa yang tersimpan dalam hati...kerana jiwa aku memberontak bila aku dengar mak tak da duit...jiwa aku memberontak bila aku dengar ayah makan nasi dengan ikan hangit..ya Allah..anak apa aku ini.
  4. HAMBA ALLAH..aku mahu jadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa...ya Allah...kuatkanlah hati ku agar tak terpesong dalam mencari redha mu ya Allah...aku dah terlalu banyak leka..dan lalai...dalam melakukan suruhan mu yaAllah.. 
  5. NURUL HAFIZA BINTI MOHAMAD ALIYAS...aku mahu jadi sesorang.. bak kata FARID salah seorang kawan ku...kita kena ada impian...impian dia nak menjadi 'seseorang'...ya aku juga punya impian yang sama....aku nak manusia didalam kelasnya yang tersendiri...aku nak org kenal aku dengan kebaikan aku..bukan keburukan aku... jujur aku mahu nama aku gah di dada akhbar sebagai ahli perniagaan...biar orang cakap aku angan mat jenin...tapi itu impian aku....
dapatkah aku mencapai semua ini...ya Allah..aku hanya merancang Engkau yang menentukannya Ya Allah...jika impian ku tidak termakbul...aku tahu...Kau telah menentukan sesuatu yang lebih baik untukku...

:')